Monday, 25 June 2012

chill lex!




assalamualaikum.


dipendekkan cerita lah kan.
takda benda baru yang menarik .
so cam tak ada benda nak share sangat kat blog.
BUT entry kali ini just luahan hati semata.


bukan nak bersikap kejiwangan lah kan.
cuma eden nak cerito lahh.
yang dulu eden pun pornah jugak bercinto cintan ni.
but sekali je.
lepastu terus serik,
fikir lepasni nak carik botul botul
mintak mintak dapatlah kan.
tapi kalau tak jadi jugak nak buek macam mano


okay tukar slangg~~


ehemm..dulu kan, aku pernah lah kan.
kawan dengan budak sorang ni.
aku rasa best lahh.
sampai tak perasan dah berapa bulan kitorang kenal
but,dugaan datang kann
aku pun break.


time first first tu kannn.
tak payah ckp lahh
aku menangis mcm org meroyan tahap maksimum.
bila fikir balik
apa pasal lah aku macam tu.
nampak gila pathetic wehh
geli pulak rasa
padahal bukan lama sangat pun couple.
sepatutnya masa untuk aku menangis tu boleh lah tukar jadi basuh pinggan ke tengok movie ke.
sia sia je buang air mata


so afta that,,
apa yang aku buat.
hari hari aku berlaman sosial pergi google "girls quote". "motivation quotes"
haaa,nak bagi chill punya pasal,
lek lek lahhh.
lama lama mesti jumpa jodoh dari Allah punya.
sabar,
jangan jadikan air mata sebagai mangsa.
just my opinion.


and
after kes tu.
aku nekad nak jadi superwoman.
jadi kuat hebat semangat.








Tuesday, 17 April 2012

blowers+percussion=marching band

assalamualaikum.



blog berhabuk? aku tengah bersihkan lah ni. 
aku ada cerita baru. sebab aku baru dapat memory baru.
indah tak terkata.

thanks to cikgu mie yang mengoffer aku untuk join show Dinner Pertandingan Percussion.
first thing yg aku fikir after dapat offer tu is cuti aku !
cuti aku kurang ,penat , malas and so on lah yg remaja biasa fikir.

tapi after aku tanya mak aku .
mak aku agree jer.
aku sedih asal mak tak membantah?
tapi aku buat buat cool and teruskan jer misi..

aku pergi balik jengka.
naik bas,duduk sorang sorang,tengok jer view kat luar bas yg laju.vrooom!
aku fikir aku takda kawan. 
aku kena palau.
aku HAMBAR~~~

TAPI! bila sampai.
aku rasa macam ada satu keluarga lain.
semua kawan aku,
semua tak palau aku.
hambar tadi tu hilang pooof!

training show went very well.
laughing and jokes dah macam satu benda wajib untuk aku . untuk aku lah. org lain tak tahu-.-




13 lagu jadi taruhan.
paling pro lagu "perhaps"
after 2 weeks, blink blink!
malam show kitorg sampai.




sambil semua uitm and vvvvvip makan,
kitorang tiup tiup dan tiup.
terasa berdebar tapi excited.
million thanks to cikgu mie and cikgu wan for teaching us.
cikgu mie banyak bagi semangat lagi lagi time conduct kitorang.
bila dia conduct semangat aku makin naik dan naik!
show tu jelah yg mampu aku bagi nak balas jasa dia.
Thanks sebab ketengahkan blowers!

thanks gila jugak kepada para para band mate kami.
thanks sebab jadi masuk air dan tak menghambarkan keadaan.
paling thanks sebab menarikan lagu perhaps untuk kitorang.
korang memang sexayyyy.

and for the battelism.
they have been so hardworking for these 2 weeks!
they became black and sunburn.
their joint was pain,
they laugh even sick,
they chill even stress
they smile even tired,
they have been through a lot of things.
but UNITE! 
that make them strong.


 
and also make them to be the champion for drum battles of 2012!!!



so,to be the conclusion.
2 weeks i've been in jengka has make me smile and laugh a lot!
Thanks a lot UPMB! 


Saturday, 25 February 2012

test.

Assalamualaikum.

okay lama tak hapdate.
maklumlah orang buat buat busy. ngeh ngeh.
ahhh sekati lah . 

aku tak suka test. 
siapa yang suka di test.
test memandu ke,test komputer ke.semua aku tak suka 
and paling perit test daripada Allah. tapi test dari DIA berbaloi :) 
tapi tak sebenci test kat uni ni. benci benci benci.
tapi testing makanan aku suka. kihkihkih.
jangan cakap korang tak suka. penipu! HAHA

haritu aku ada show.
show brass band. 
alah yang pancaragam tuh.
lepastu kawan kawan aku tak habis habis cakap
"pergh,dah jadi budak band sekarang"
 apa ingat aku terror ke? terong ada lah.
aku meniup je kot. 
ahh takesah lah. pergi jalannnnn.
yang penting aku suka show tu.
we're doing great!! i guess. hihi

lihat dibawah.

even ada hater cakap suara langau yang mcm riang riang tu lagi sedap dari kitorang.
sikit pun tak goyang. 
dia manusia yang tak pandai menilai dan hanya pandai mengkritik ikut apa yang dia nampak. itu ke guna pancaindera? blah lah kau jauh jauh. sibuk je!

after that show tu kan. 
hihi. *malu lah nak cakap.
ahh cakap jelah *muka selamba 
diorang ada buat list 5 pemain terbaik.



heheh.
gambar tu aku sponsor sendiri. MUAAHAHAHA
Btw, it is  sweetest memory ever.
macam di-appreciate lah every night aku datang training.
tapi jangan ingat aku datang training sebab nak award eh
aku mmg nak belajar. 
sapa berpransangka macam tu gua pancung lu!

lihat dibawah.




they are all my supporters on that day.
this is what we call "friendship" :)
thankss kamu kamu semua.

and lastly,


my band family.
i HEART them:)

okay lah.
walaupun dah lari tajuk.
peduli hape!
asalkan aku dah buat entry baru.
peace no war,
don't drink and drive and beware of dog. HARAMMM. hihi

assalamualaikum =)







Thursday, 2 February 2012

its true.

assalamualaikum.


sekarang makin ramai yang bahagia.
sama jugak yang menderita.
tapi mintak dijauhkan lah yang derita itu
sebab kalau boleh,kita memang nak senyum jer hari hari.


tapi,
apakan daya,
nasib tak selalu baik.
nasib tak selalu buruk.


sebab tu.
orang cakap hidup ni..
macam karma,
macam roda,
macam kipas,
or macam minyak cap kaki tiga. hiw hiw


sebab dia berulang ulang.


bila kita happy.
lupa semua,
gelak tak ingat dunia, tak da nak cover cover,
gelak sepuasnya.


tapi bila sedih ?
termenung sorang sorang,
kenang nasib yang malang,
baru nak berdoa ingat tuhan.


biasanya itulah yang manusia sekalian alam buat,
dan aku mengaku,
aku pernah buat. *malu


tapi still.
lumrah manusia.
sebab tu banyak org cakap,
manusia tak da yang perfect.
kita bukan malaikat.


cuma,
kita still boleh try ubah diri kita,
untuk jadi lebih baik in the future.


okay,
takda motif nak menjiwang,
cuma ia kebenaran.
renungkanlah :)




Wednesday, 1 February 2012

The Malaysia book of records?? uitm jengka? never expect.

Assalamualaikum :)


pernah dengar Malaysian book of records tak ?


mesti pernah,tipu tak pernah.
korang tak duduk bawah tempurung kann. 


okay okay ,sure korang pernah dengar,


tapi,pernah terfikir tak nak masuk kat situ ?


aku confirm pernah.. pernah berangan je lahh. hiw hiw.


memang tak arrr.

"gila,apa aku nak buat doe"
"ingat aku ada bakat terpendam ke"
"masukkan air dalam mulut keluar lalu hidung bolehlah"


tu antara dialog yang menyatakan aku tak mampu nak berada di list The Malaysia book of records. puihh!


TAPI.


aku boleh bagi sikit tenaga aku untuk capai benda tu, 
ayat ombak rindulah siottt. HAHA


okay now. hiw hiw


look at those picture.



apa kene mengena ? puihh









ha ni kena mengena.
















apa ni apa ni ??
haha. 





sebenarnyaaa.
ini proses untuk membina ...









tadaaaaaaaa..
logo 1 malaysia!
besarr takk ?? heheh. 

kira kira 300,000 cup digunekannn,
daripada recycle budak budak uitm jengka.
and i'm a part of them! weeeeee

untuk mendapatkannnn???


haaa, segulung ini.
ini jerrr. 
HAHAHA.
igt senang ke woi!

btw,i'm still proud.

dengar cerita adalah masuk kosmo.
masuk tv pun ada. tapi tak igt tv berapa. hihi



okay lah.
babai:)
assalamualaikum!

Thursday, 26 January 2012

aku ahli musik.

assalamualaikum


pheww, hari ni hari khamis.
a.k.a hari untuk aku qada' tidur tidur aku yang terlepas.


penat,ngantuk ,sakit sakit. semua ada.
inilah makan dia dah nama budak universiti kann.
lagi penat dari tebang pokok hiw hiw.


dan sebenarnyaa. 
aku masuk brass band kat uni.
and aku ada temasya which is aku kena buat show lah kann
depan mata mata student dan mata mata VVVVVIP nanti.


dengan itu,aku kena training every night.
untuk apa ? untuk memberi maximum satisfaction yee kepada mata mata itu tadi. HAHA


seminggu training yang first okay lagi sebab tiup meniup kat dalam bilik je. ada aircondd~~ aku punn rileks buat muka selamba tiup dgn megahnya. HAHA


lagu adalah dalam 3. semua kena hafal , tak boleh tengok skor dah.
sebab apa?? 
sebab kitorang kena training kat luar pulakkk dengan berjalan sekali!
nah amekawwww


dulu rileks. tiup pun dengan confident ,smartness nampak,awesome nampak.
nah kaw kena berjalan sekali, tersemput semput tiup macam tak cukup oksigen.
muka megah serta merta hilang di bawa peluh. HAHAHA


anyway. i'll accepted it. its a part of my responsibility.


lepas ni aku pakai penaflex sepanjang masa,
minum susu anlene untuk tulang kuat sihat. kihkih


and also ,i'm proud being a part of uitm pahang brassband.. woohoooo.




okay. this is my instrument. small and cute.
nampak senang. tapi aku dan allah je tahu betapa susah fingering dia at first aku belajar benda ni. lama lama okay sikit. sikit je. haha.






ini pulak,alat musik sepanjang zaman.
sapa kacau gua pecah! hihi


peace:)
assalamualaikum.

Monday, 9 January 2012

tup tup toink!

Assalamualaikum.

satu,dua,tiga dan menjak2 seterusnya ni.
tiada handphone camera,tiada gambar ,tiada memori.
sangat hambarr.

oleh sebab tu!
aku tak update blog.
sebab aku rasa blog aku tak hidup without gambar.
bukan nak kata gambar kat internet tak boleh.
tapi aku lagi suka post memori2 aku kat dalam blog ni.
dari letak gambar dari internet yang aku sendiri tak boleh nak focus and hayati. cheh!


hai. i know i'ma big girl now,i should be matured :) hiw hiw.
but what to do bila kawan pun gila gila. 
when i try to be more matured,and feminin..
friends came and start doing crazy thingss.
well then, i just go back to normal. hahaha

"hamboih ,poyo nya dia ni nak speaking speaking kan.
padahal hancor bebenor."

dah tu ? 
tak de kesan pun.. at least aku try. hew hew.

actually lah kann. 
"tup tup toink" kat title tu sama dengan "tiba tiba dah test". hiw hiw
cepat masa jalan.
tiba tiba aku dah 19.
tiba tiba dah separuh second sem
tiba tiba dah nak cuti raya cina.
part cuti je aku suka okay. wahaha

aku feninggg(pening) nak study study ni. huhu
nak buat mcm mana.
tanggungjawab student study.
tapi kenapa tanggung jawab warden tak wardy ?
okay mengarut -_-"

conclusion,
all is well. hiw hiw. haha (apa kena mengena?)


assalamualaikum:))